Tazkirah dari teman-teman...

Jumaat yang lepas, saya telah menghadiri satu majlis Qiamullail di Masjid UUM. Apa yang saya nak coretkan, pada malam tersebut telah diadakan sesi muhasabah diri. Saya telah berkongsi masalah saya bersama teman-teman saya. Saya telah menceritakan dilema saya kepada mereka. Sebelum-sebelum ini saya telah berselisih faham ddengan sahabat saya. Sya telah memohon maaf kepadanya. Namun dia masih berdiam diri. Tidak berkata sepatah pun dengan saya apatah lagi memohon maaf atau bertegur sapa seperti sebelumnya. Pada sesi tersebut salah seorang teman saya telah berkata, " Kita tidak berhak meminta diri kita di maafkan. Untuk memberi kemaafan begitu susah bagi seseorang itu ". Akhirnya, saya hanya mampu berdoa agar sahabat saya itu diberikan keinsafan dalam dirinya. Saya akui saya bersalah, namun bukan sebelah pihak yang memulakan persengketaan itu.

SemutSiManis.

Rajin bekerja seperti semut....

Friday, May 7, 2010

Kesedihan.

Malam ni saya balik kampung. Balik Perak. Tapi saya sedih sebab terpaksa tinggalkan seekor anak kucing ni. Sedih sampai nangeh-nangeh nak tinggalkan die. Saya dah pesan kat mak cik tukang cuci, tolong bagi makan anak kucing ni. Semoga anak kucing tu mampu survive. Kat sini semua kafe dah tutup sebab semester dah tutup... :-(

No comments:

Post a Comment