Tazkirah dari teman-teman...

Jumaat yang lepas, saya telah menghadiri satu majlis Qiamullail di Masjid UUM. Apa yang saya nak coretkan, pada malam tersebut telah diadakan sesi muhasabah diri. Saya telah berkongsi masalah saya bersama teman-teman saya. Saya telah menceritakan dilema saya kepada mereka. Sebelum-sebelum ini saya telah berselisih faham ddengan sahabat saya. Sya telah memohon maaf kepadanya. Namun dia masih berdiam diri. Tidak berkata sepatah pun dengan saya apatah lagi memohon maaf atau bertegur sapa seperti sebelumnya. Pada sesi tersebut salah seorang teman saya telah berkata, " Kita tidak berhak meminta diri kita di maafkan. Untuk memberi kemaafan begitu susah bagi seseorang itu ". Akhirnya, saya hanya mampu berdoa agar sahabat saya itu diberikan keinsafan dalam dirinya. Saya akui saya bersalah, namun bukan sebelah pihak yang memulakan persengketaan itu.

SemutSiManis.

Rajin bekerja seperti semut....

Tuesday, March 30, 2010



25 Mac 2010. Hari ini adalah pembukaan expo konvekesyen UUM yang ke 23 di Pusat Sukan UUM. Pada hari ini pelajar yang terlibat dngan integrasi dan perbarisan di kehendaki hadir. Pada hari ini juga, satu kenangan sedih terpahat di minda warga UUM dan mereka yang melihat bagaimana pesawat Pilatus PC-7 terhempas ketika membuat persembahan akrobatik di udara kira-kira jam 10 pagi. Kenangan ini tidak akan luput dari ingatan saya. Nilai pengorbanan yang di buat demi mempertahankan negara sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri. Cuba kita bayangkan, kita berada dalam situasi Mejar Zulrihan Jusoh itu. Ketika itu kita sedari ajal hanya di belakang kita, dan tiba-tiba pesawat yang di pandu tidak dapat dikawal menyebabkannya terhempas kemudiannya meletup. Pastinya ketika itu wajah ibu, abah, suami/isteri dan anak-anak berlayar di mata. Sunnguh, saya ngeri apabila mengenangkan kejadian ini. Semoga keluarga Allahyarham tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Semoga Allah swt mencucuri roh Allahyarham Mejar Zulrihan Bin Jusoh. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment