Tazkirah dari teman-teman...

Jumaat yang lepas, saya telah menghadiri satu majlis Qiamullail di Masjid UUM. Apa yang saya nak coretkan, pada malam tersebut telah diadakan sesi muhasabah diri. Saya telah berkongsi masalah saya bersama teman-teman saya. Saya telah menceritakan dilema saya kepada mereka. Sebelum-sebelum ini saya telah berselisih faham ddengan sahabat saya. Sya telah memohon maaf kepadanya. Namun dia masih berdiam diri. Tidak berkata sepatah pun dengan saya apatah lagi memohon maaf atau bertegur sapa seperti sebelumnya. Pada sesi tersebut salah seorang teman saya telah berkata, " Kita tidak berhak meminta diri kita di maafkan. Untuk memberi kemaafan begitu susah bagi seseorang itu ". Akhirnya, saya hanya mampu berdoa agar sahabat saya itu diberikan keinsafan dalam dirinya. Saya akui saya bersalah, namun bukan sebelah pihak yang memulakan persengketaan itu.

SemutSiManis.

Rajin bekerja seperti semut....

Saturday, April 3, 2010

Serabut.

Itulah yang dapat saya katakan. Saya tak tahu nak luahkan kat sape. Semua kawan-kawan tak suka kat "dia" yang saya letakkan sebagai "SS". SS ni pentingkan diri sendiri. Segala keburukan semua kitorang yang salah. Dia semua betul. Belajar pun tak pandai. Tapi menggunakan kepandaian orang lain untuk dia melepaskan diri dari segala tugasan. Kedekut pun ye jugak. Kalau bab duit, memang berkira. Kalau kami nak ungkit, mesti dia tak mampu nak bayar. Selama ni semua duit print assignment, kami yang bayar. Tak pernah minta pada dia. Harapkan dia, 10 sen dia kate mahal. Siap tuntut lagi bayar. Tugasan berkumpulan semua dia lepas tangan. Kalau kami bagi dia tugasan, dia buat bukan kena pada kehendak tajuk pun. Dah nak habis belajar, masih tak pandai nak buat tugasan. Bagi dia pulak, bahagian yang dia kena buat, cukup susah sedangkan yang kami bagi bahagian paling senang untuk dia. Ada satu tu, pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Dia punya vocabulary memang lari. Kawan saya cakap, perkataan "want" dia sebut "went". Aduh! Confirm kena potong markah. Belum lagi yang lain-lain. Kadang-kadang kami fikir, dia hanya nak dating je keje. Yang lain tak nak buat. Kalau dengan laki, baik segalanya. Sekarang ni dia nk diet, tapi tak ekut cara yang betul. Tak taw la berkesan ke tak. Nampak makin gemuk adala. Kalau dengan pakwe dia, pelawa kami naik kereta dia pn tak. Keluar ke mana-mana pun tak bagi taw. Takut kami ikut atau kami pesan ape-ape. Kalau kami keluar, dia cepat je mintak itu ini. Nak tumpang orang lah. Saya benci dengan SS. Kawan-kawan pun dah menyampah dengan dia.

No comments:

Post a Comment