Erm tadi saya meluahkan ketidakpuasan hati pada orang yang saya bermasalah itu. Senang cerita, sesi tanya apa ko xpuas hati ngan ak n apa aku xpuas hati ngan ko. hehe... Legala sikit. Bagi saya, saya berhak untuk tahu. Bukan apa pun hanya untuk memperbetulkan kesalahan diri sendiri. Memperbaiki diri sendiri. Bukan nak menonjolkan diri. Kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan. Sering kali alpa. Sebab tu Allah pernah bersumpah dalam surah al-'As ayat 1-3 yang bermaksu, "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling nasihat-menasihati antara satu sama lain dengan kebenaran dan kesabaran." Kekadang kita sendiri tidak sedar apa yang kita lafazkan. Mungkin ianya mengguris hati seseorang. Kita sendiri tidak sedar. Eloklah kita berkata benar walaupun pahit kerana hasilnya adalah madu yang manis. Jika apa yang kita teguri, membuatkan dia berubah, Alhamdulillah. Kita sendiri akan mendapat pahala di akhirat. Bagi saya kawan yang baik adalah sahabat yang sanggup bersusah senang bersama dan saling tegur menegur untuk kebaikan bersama. Bicara yang tadi hanya di situ sahaja. Dan kami tinggalkan semua permasalahan tu di tangga itu. Hal itu hanya tamat di situ. Bangun saja kami dari tangga itu, tutup semua kisah di situ.:-)
Tazkirah dari teman-teman...
Jumaat yang lepas, saya telah menghadiri satu majlis Qiamullail di Masjid UUM. Apa yang saya nak coretkan, pada malam tersebut telah diadakan sesi muhasabah diri. Saya telah berkongsi masalah saya bersama teman-teman saya. Saya telah menceritakan dilema saya kepada mereka. Sebelum-sebelum ini saya telah berselisih faham ddengan sahabat saya. Sya telah memohon maaf kepadanya. Namun dia masih berdiam diri. Tidak berkata sepatah pun dengan saya apatah lagi memohon maaf atau bertegur sapa seperti sebelumnya. Pada sesi tersebut salah seorang teman saya telah berkata, " Kita tidak berhak meminta diri kita di maafkan. Untuk memberi kemaafan begitu susah bagi seseorang itu ". Akhirnya, saya hanya mampu berdoa agar sahabat saya itu diberikan keinsafan dalam dirinya. Saya akui saya bersalah, namun bukan sebelah pihak yang memulakan persengketaan itu.
SemutSiManis.
Rajin bekerja seperti semut....
Belajar rajin-rajin ye dik! :-*. Moga berjaya dengan cemerlang!
ReplyDelete