LuvlyManiz
Tazkirah dari teman-teman...
Jumaat yang lepas, saya telah menghadiri satu majlis Qiamullail di Masjid UUM. Apa yang saya nak coretkan, pada malam tersebut telah diadakan sesi muhasabah diri. Saya telah berkongsi masalah saya bersama teman-teman saya. Saya telah menceritakan dilema saya kepada mereka. Sebelum-sebelum ini saya telah berselisih faham ddengan sahabat saya. Sya telah memohon maaf kepadanya. Namun dia masih berdiam diri. Tidak berkata sepatah pun dengan saya apatah lagi memohon maaf atau bertegur sapa seperti sebelumnya. Pada sesi tersebut salah seorang teman saya telah berkata, " Kita tidak berhak meminta diri kita di maafkan. Untuk memberi kemaafan begitu susah bagi seseorang itu ". Akhirnya, saya hanya mampu berdoa agar sahabat saya itu diberikan keinsafan dalam dirinya. Saya akui saya bersalah, namun bukan sebelah pihak yang memulakan persengketaan itu.
SemutSiManis.
Rajin bekerja seperti semut....
Friday, May 7, 2010
Kesedihan.
Malam ni saya balik kampung. Balik Perak. Tapi saya sedih sebab terpaksa tinggalkan seekor anak kucing ni. Sedih sampai nangeh-nangeh nak tinggalkan die. Saya dah pesan kat mak cik tukang cuci, tolong bagi makan anak kucing ni. Semoga anak kucing tu mampu survive. Kat sini semua kafe dah tutup sebab semester dah tutup... :-(
Saturday, May 1, 2010
Mei pun datang...
Ermmm,,, sem depan bukak bulan Julai... Dah sem 5 saya sem depan,,, Cepat je kan. Rasa macam baru semester satu. Kalu orang tanya saya sem berapa, bila cakap sem 4 ada juga yang tak percaya... Ish ish ish... Pehni nak kate sem 2 lah. Hehe... Mesti kawan-kawan saya bengang. Agak-agak la wey,,,, :-P
Tup tup... Dah nak amik skrol. Hehe... Umur pun meningkat juga la. Apa ada pada angka??? Kiki.... So sem depan bakal dapat adik-adik baru... Untuk yang datang ke Kolej Proton,,, dan datang UUM umumnya serta mana-mana IPTA/IPTS,,, Welcome to the club... Hehehe... Tanamkan semangat nak berjuang mendapat keputusan yang cemerlang dan jangan hampakan harapan kedua ibu bapa kita.
Papepun... All the best and Good Luck! Selamat menempuh alam U yang lebih mematangkan kita.
Sunday, April 25, 2010
Minggu Exam.
Takda ape pun nak cite. Juz nak g taw minggu ni minggu ke-3 exam. Cepatkan masa berlalu. 2 la masa takkan menunggu kita. Siapa yang menghargainya akan mendapat keuntungan. Dari segi papela. Tak semestinya wang ringgit. Minggu ni juga keluarga saya telah berpindah ke rumah baru kami di Gunung Semanggol. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar cumanya kenduri je tak buat lagi. Insya Allah pas saya habis exam kot. Tapi tak janji la balik ke tak. Sebab saya ada aktiviti kat kolej,,, ermmm :-(...
Exam baru lepas 2 subjek. Prinsip ekonomi dengan HR Islamic. Ada lagi 4 paper tak jawab lagi. Semua exam malam kecuali 1 subjek je. Tempat plak majoriti di Dewan Muadzam Shah. 1 dekat Dewan Tan Sri Osman dan 1 lagi dekat Dewan Serbaguna Kolej Mas. Dekat jugak la. Tapi kalau ada bas, lebih afdal naik bas. Hehe...
Jadual Peperiksaan Semester Kedua Sesi 2009/2010
16/4/10 Prinsip Ekonomi DMS
18/4/10 HR Islamic DMS
27/4/10 Change Management DMS
30/4/10 OB DMS
04/5/10 HRIS DSB Kolej MAS
06/5/10 OSH I DMS
Sedih sem ni. Kitorang exam paling akhir habis. Orang lain dah kemas barang, ada 2 dah balik dah. Kitorang malam 2 masih lagi jawab exam. Huhu... Dahla esoknye kolej dah nak tutup. Tak pernah lagi macam ni. :-(
Exam baru lepas 2 subjek. Prinsip ekonomi dengan HR Islamic. Ada lagi 4 paper tak jawab lagi. Semua exam malam kecuali 1 subjek je. Tempat plak majoriti di Dewan Muadzam Shah. 1 dekat Dewan Tan Sri Osman dan 1 lagi dekat Dewan Serbaguna Kolej Mas. Dekat jugak la. Tapi kalau ada bas, lebih afdal naik bas. Hehe...
Jadual Peperiksaan Semester Kedua Sesi 2009/2010
16/4/10 Prinsip Ekonomi DMS
18/4/10 HR Islamic DMS
27/4/10 Change Management DMS
30/4/10 OB DMS
04/5/10 HRIS DSB Kolej MAS
06/5/10 OSH I DMS
Sedih sem ni. Kitorang exam paling akhir habis. Orang lain dah kemas barang, ada 2 dah balik dah. Kitorang malam 2 masih lagi jawab exam. Huhu... Dahla esoknye kolej dah nak tutup. Tak pernah lagi macam ni. :-(
Sunday, April 4, 2010
Lapangkan Hati, Rehatkan Minda.
Erm tadi saya meluahkan ketidakpuasan hati pada orang yang saya bermasalah itu. Senang cerita, sesi tanya apa ko xpuas hati ngan ak n apa aku xpuas hati ngan ko. hehe... Legala sikit. Bagi saya, saya berhak untuk tahu. Bukan apa pun hanya untuk memperbetulkan kesalahan diri sendiri. Memperbaiki diri sendiri. Bukan nak menonjolkan diri. Kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan. Sering kali alpa. Sebab tu Allah pernah bersumpah dalam surah al-'As ayat 1-3 yang bermaksu, "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling nasihat-menasihati antara satu sama lain dengan kebenaran dan kesabaran." Kekadang kita sendiri tidak sedar apa yang kita lafazkan. Mungkin ianya mengguris hati seseorang. Kita sendiri tidak sedar. Eloklah kita berkata benar walaupun pahit kerana hasilnya adalah madu yang manis. Jika apa yang kita teguri, membuatkan dia berubah, Alhamdulillah. Kita sendiri akan mendapat pahala di akhirat. Bagi saya kawan yang baik adalah sahabat yang sanggup bersusah senang bersama dan saling tegur menegur untuk kebaikan bersama. Bicara yang tadi hanya di situ sahaja. Dan kami tinggalkan semua permasalahan tu di tangga itu. Hal itu hanya tamat di situ. Bangun saja kami dari tangga itu, tutup semua kisah di situ.:-)
Saturday, April 3, 2010
Serabut.
Itulah yang dapat saya katakan. Saya tak tahu nak luahkan kat sape. Semua kawan-kawan tak suka kat "dia" yang saya letakkan sebagai "SS". SS ni pentingkan diri sendiri. Segala keburukan semua kitorang yang salah. Dia semua betul. Belajar pun tak pandai. Tapi menggunakan kepandaian orang lain untuk dia melepaskan diri dari segala tugasan. Kedekut pun ye jugak. Kalau bab duit, memang berkira. Kalau kami nak ungkit, mesti dia tak mampu nak bayar. Selama ni semua duit print assignment, kami yang bayar. Tak pernah minta pada dia. Harapkan dia, 10 sen dia kate mahal. Siap tuntut lagi bayar. Tugasan berkumpulan semua dia lepas tangan. Kalau kami bagi dia tugasan, dia buat bukan kena pada kehendak tajuk pun. Dah nak habis belajar, masih tak pandai nak buat tugasan. Bagi dia pulak, bahagian yang dia kena buat, cukup susah sedangkan yang kami bagi bahagian paling senang untuk dia. Ada satu tu, pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Dia punya vocabulary memang lari. Kawan saya cakap, perkataan "want" dia sebut "went". Aduh! Confirm kena potong markah. Belum lagi yang lain-lain. Kadang-kadang kami fikir, dia hanya nak dating je keje. Yang lain tak nak buat. Kalau dengan laki, baik segalanya. Sekarang ni dia nk diet, tapi tak ekut cara yang betul. Tak taw la berkesan ke tak. Nampak makin gemuk adala. Kalau dengan pakwe dia, pelawa kami naik kereta dia pn tak. Keluar ke mana-mana pun tak bagi taw. Takut kami ikut atau kami pesan ape-ape. Kalau kami keluar, dia cepat je mintak itu ini. Nak tumpang orang lah. Saya benci dengan SS. Kawan-kawan pun dah menyampah dengan dia.
Tuesday, March 30, 2010

25 Mac 2010. Hari ini adalah pembukaan expo konvekesyen UUM yang ke 23 di Pusat Sukan UUM. Pada hari ini pelajar yang terlibat dngan integrasi dan perbarisan di kehendaki hadir. Pada hari ini juga, satu kenangan sedih terpahat di minda warga UUM dan mereka yang melihat bagaimana pesawat Pilatus PC-7 terhempas ketika membuat persembahan akrobatik di udara kira-kira jam 10 pagi. Kenangan ini tidak akan luput dari ingatan saya. Nilai pengorbanan yang di buat demi mempertahankan negara sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri. Cuba kita bayangkan, kita berada dalam situasi Mejar Zulrihan Jusoh itu. Ketika itu kita sedari ajal hanya di belakang kita, dan tiba-tiba pesawat yang di pandu tidak dapat dikawal menyebabkannya terhempas kemudiannya meletup. Pastinya ketika itu wajah ibu, abah, suami/isteri dan anak-anak berlayar di mata. Sunnguh, saya ngeri apabila mengenangkan kejadian ini. Semoga keluarga Allahyarham tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Semoga Allah swt mencucuri roh Allahyarham Mejar Zulrihan Bin Jusoh. Al-Fatihah.
Tuesday, February 23, 2010
Kerjasama.
Seperti semut yang rajin bekerjasama.... Pada malam ini saya, Zama, Syaza, Naizah, Atifah, Ina dan Fariza bekerjasama mencari bahan untuk tugasan kami bagi subjek Sistem Maklumat Sumber Manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)